CIRI-CIRI GOLONGAN YANG SELAMAT 1. Golongan yang selamat jumlah sangat sedikit di tengah ramainya umat manusia. Rasulullah ﷺ bersabda: “Keuntungan besar bagi orang-orang yang asing, iaitu orang-orang soleh dilingkungan orang ramai yang berperangai buruk, orang yang menderhakai mereka lebih ramai dari yang menta’ati mereka.” (HR. Ahmad. Hadis sahih) Allah subhana wa ta’ala memuji mereka dalam firman yang bermaksud: ” Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang bersyukur.” (Quran Surah Saba’: 13) 2. Golongan yang selamat banyak dimusuhi oleh manusia, difitnah dan diperlekehkan dengan gelaran dan panggilan yang buruk. Nasib mereka ini seperti nasib para Nabi yang dijelaskan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud: ” Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin. Sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia).” (Quran Surah Al-An’am: 112). Rasulullah ﷺ sendiri misalnya dahulunya kaumnya memberi gelaran kepada beliau ‘as-sadiqul amin’ iaitu yang jujur lagi terpecaya, tetapi setelah beliau ﷺ mengajak mereka kepada tauhid, kaumnya sendiri menggelarkannya sebagai tukang sihir lagi pendusta.

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr