رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ، اللَّهُمَّ تُبْ عَلَيْنَا تَوْبَةً نَصُوْحًا، نُجَدِّدُ بِهَا إِيْمَانَنَا، وَتُغْسِلُ بِهَا قُلُوْبَنَا، وَتُغْفِرُ بِهَا ذُنُوْبَنَا، وَتُبَدِّلُ بِهَا سَيِّئَاتَنَا حَسَنَاتٍ. "Ya Tuhan kami, terimalah daripada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui, terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat Lagi Maha Pengasihani, Ya Allah, terimalah taubat kami sebagai Taubat Nasuha, supaya kami dapat memperbaharui iman kami, menyucikan hati-hati kami, diampunkan segala dosa kami dan digantikan segala keburukan kami dengan kebaikan" اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ صَلاَتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَتِلاَوَتَنَا، وَصَالِحَ أَعْمَالَنَا، اللَّهُمَّ وَمَا قَصَّرْنَا فِيْهِ فَاغْفِرْهُ لَنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ. "Ya Allah, terimalah segala solat kami, puasa kami, bangun malam kami, bacaan Al-Quran kami dan segala amal kebaikan kami, Ya Allah, Engkau ampunkanlah segala kekurangan kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Pengasihani" اللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ وَالأَبْصَارِ، ثَبِّتْ قُلُوْبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ، وَلاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا، وَلاَ تُفْتِنَّا فِيْ دِِيْنِنَا، وَاجْعَلْ يَوْمَنَا خَيْرًا مِنْ أَمْسِنَا، وَاجْعَلْ غَدَّنَا خَيْرًا مِنْ يَوْمِنَا، وَاجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا أَوَاخِرَهَا، وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِيْمَهَا، وَخَيْرَ أَيَّامِنَا يَوْمَ نَلْقَاكَ. "Ya Allah, Yang Maha Berkuasa atas segala hati dan mata, tetapkanlah hati-hati kami dengan mentaatiMu, dan janganlah Engkau memalingkan hati-hati kami selepas Engkau memberi hidayah kepada kami, janganlah Engkau turunkan fitnah atas agama kami, jadikanlah kami pada hari ini lebih baik dari semalam, dan jadikanlah kami pada hari esok lebih baik dari hari ini, dan jadikanlah sebaik-baik umur kami pada hujungnya dan sebaik-baik amalan kami pada akhirnya dan sebaik-baik hari kami ialah pada hari kami berjumpa denganMu.

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr