Kenaikan (Mikraj) manusia atas Tangga Makrifat Sejak saat saat permulaan seseorang itu memulakan tangga kenaikan, dia mempunyai tajalli ketuhanan menurut tangga yang dia daki. Setiap orang dari kalangan ahli Allah mempunyai tangga khusus untuknya yang tidak ada orang lain mendakinya. Jika seseorang boleh mendaki tangga orang lain, maka kenabian boleh diperolehi. Dengan zatnya, setiap tangga memberikan darjat khusus untuk orang yang mendakinya. Sekiranya keadaan sebaliknya, ulama boleh memanjat tangga anbia dan memperolehi kenabian dengan berbuat demikian. Keadaannya tidak demikian. 'Keupayaan ketuhanan' akan hilang sekiranya perkara itu berulang. Dalam pandangan kami, ianya sah bahawa tidak ada pengulangan dalam kehadiran itu. Walau bagaimanapun, semua langkah bagi maksud - anbia, aulia, yang beriman, dan utusan - semuanya sama. Satu tangga tidak mempunyai anak tangga yang lebih daripada tangga lain. Langkah pertama ialah Islam. Ia adalah penyerahan. Langkah terakhir ialah penghapusan (fana) dalam kenaikan itu dan berjalan terus dalam perjalanan keluar itu. Apa yang tinggal ialah di antara dua mereka. Ia adalah iman, ihsan, ilmu, kesatuan sejati (taqdis), 'tiada-hubungan' (tanzih), kekayaan, kemiskinan, kehinaan, kekuasaan, perubahan (talwin), penetapan dalam perubahan itu, penghapusan (fana) jika kamu keluar dan berjalan terus jika kamu masuk. Setiap langkah yang dalamnya kamu tinggalkkannya mengurangkan pengetahuan tajalli dalam keseimbangan batin kamu dengan apa yang bertambah pada zahir kamu sehingga kamu mencapai langkah terakhir. Jika kamu keluar dan mencapai langkah terakhir, maka Dia menyata dengan Zat-Nya dalam zahir kamu menurut nilai kamu dan kamu menyatakan-Nya dalam makhluk-Nya. Dalam batin kamu tidak ada apa lagi yang tinggal dan tajalliyat kebatinan meninggalkan kamu secara keseluruhannya. Apabila kamu dipanggil untuk masuk, panggilan ini adalah langkah pertama yang akan dinyatakan kepada kamu melalui tajalli dalam batin kamu menurut apa yang berkurangan bagi tajalli itu dalam zahir kamu, sehingga kamu mencapai langkah terakhir. Kemudian Dia dinyatakan kepada batin kamu dengan Zat-Nya dan tidak ada tajalli sama sekali tinggal dalam zahir kamu. Sebab bagi yang demikian ialah hamba dan Tuhan terus bersama, setiap satu dengan kewujudan yang sempurna bagi dirinya: hamba tetap hamba dan Tuhan tetap Tuhan, sekalipun berlaku pertambahan dan pengurangan ini. Inilah sebab bagi pertambahan dan pengurangan ilmu tajalliyat dalam zahir dan batin. Sebab bagi itu ialah peraturan. Inilah sebabnya semua yang Allah ciptakan dan bawakan kepada kewujudan dalam keasliannya adalah komposit (dalam keadaan banyak bahagian tetapi merupakan kesatuan) - ia ada zahir dan batin. Apa yang kami rujukkan sebagai anasir yang mudah (basa'it) adalah perkara yang mudah difahami yang tidak ada kewujudan dalam sumbernya. Setiap benda yang wujud, selain Allah, adalah komposit. Kami ketahui ini melalui kasyaf yang benar yang tidak ada keraguan dalamnya. Ia mewajibkan pergantungan yang sesuai kepada-Nya, kerana ia adalah gambaran yang perlu bagi-Nya. Jika kamu faham, kami sudah jelaskan jalannya untuk kamu mulakan pendakian bagi diri kamu. Maka mengembaralah! Dan naiklah! Kamu akan lihat dan saksikan apa yang sudah kami jelaskan kepada kamu. Kami telah perincikan langkah-langkah pendakian bagi kamu yang kami simpan bagi kamu dalam nasihat yang berguna apabila Rasulullah s.a.w perintahkan kita melakukannya (dalam hadis). Sekiranya kami ceritakan buah dan hasilnya kepada kamu tanpa perincian jalannya kepada kamu, kami akan membuatkan kamu teringinkan sesuatu yang besar yang kamu tidak ketahui jalan memperolehinya. Dengan yang Esa yang diriku dalam tangan-Nya, ia adalah Mikraj. "Allah katakan yang benar dan membimbing kepada jalan yang benar". - Futuhat al-Makkiyyah.

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr