Allah SWR jualah yang menguasai alam langit dan bumi serta segala yang ada padanya dan Dialah jua yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Quran, al-Maidah: 120) Al-Sama' Al-Quran memberikan makna 'langit' (Arab: al-sama') dalam erti kata yang luas. Ada kata 'langit' yang bermakna 'arah atas yang berdekatan dengan bumi', seperti dalam firman-Nya yang bermaksud: Tidaklah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah SWT mengemukakan satu perbandingan, iaitu kalimat yang baik adalah sebagai pohon yang baik yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabangnya (puncak menjulang) ke langit. (Ibrahim: 24) Kadang-kadang yang dimaksudkan dengan langit ialah kawasan yang jauh dari bumi. Seperti dalam firman-Nya yang bermaksud: Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (lautan) yang banyak faedahnya. (Qaf: 9) Di tempat lain, kata 'langit' digunakan oleh al-Quran untuk menunjukkan planet lain, iaitu dalam firman Allah yang bermaksud: Kemudian Ia menunjukkan kehendak-Nya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap. (Fussillat: 11) Sidratulmuntaha Nabi Muhammad SAW pernah mengunjungi sidratulmuntaha, tempat paling tinggi di atas langit ketujuh, yang terletak dekat syurga (al-Najm: 14-15). Disebabkan sidratulmuntaha berada di tempat tertinggi, maka kunjungan itu disifatkan oleh para ahli tafsir sebagai menandakan bahawa Nabi Muhammad SAW telah sampai pada kebijaksanaan tertinggi yang dikurniakan oleh Allah SWT. Buraq Dalam peristiwa Mikraj, Nabi Muhammad SAW menaiki kenderaan seperti tangga yang bergerak naik seperti cahaya, iaitu buraq menembusi langit. Baginda ditemani oleh Malaikat Jibrail untuk menghadap Allah SWT dekat pohon sidaratulmuntaha di atas langit ketujuh, dekat dengan syurga. Allah SWT merperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW sebahagian daripada tanda kebesaran-Nya (al-Najm: 18) Perjalanan menembusi langit itu sukar diterima akal, apalagi Nabi Muhammad SAW melakukannya hanya dalam satu malam. Hal tersebut hanya dapat dijelaskan melalui iman bahawa peristiwa seperti itu terjadi semata-mata kerana kehendak Allah SWT.

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr