Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan Allah mewajibkan manusia melaksanakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu kepada setiap orang yang mampu dan berdaya sampai ke sana. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan haji itu) maka sesungguhnya Allah Maha Kaya daripada sekelian makhluk. (Quran, Ali-Imran: 97) Rasulullah SAW pula melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan al-Baihaqi telah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikannya ke Baitullah, tetapi dia tidak menunaikan haji (hingga mati tanpa ada keuzuran) maka tiada halangan baginya mati sebagai Yahudi atau Nasrani (dari segi seksaan-Nya) kerana Allah telah berfirman dalam kitabnya yang bermaksud: "Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai ke sana."

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr