Firman Allah bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka. (Quran, ar-Ra'd: 11).
Apabila Nabi SAW berada di Madinah, perkara pertama yang dibuat ialah membina Masjid Quba'. Ini menunjukkan bahawa peranan masjid amat penting dalam pembinaan ummah, di samping mentauhidkan dan memperhambakan diri kepada Allah SWT.
Selepas itu Baginda SAW menyatupadukan golongan Ansar (Madinah) dengan Muhajirin (Mekah). Nabi SAW juga mengikat janji setia dengan golongan Yahudi Madinah, tetapi kemudiannya melanggar dan mencerobohi perjanjian itu.
Apabila umat Islam mempunyai inisiatif untuk mengubah nasib diri mereka sendiri, maka pertolongan Allah pasti menjelma iaitu daripada kehinaan, kerendahan dan ketinggalan kepada puncak kemuliaan dan kejayaan.
Pertolongan Allah SWT akan tiba apabila umat Islam sanggup membela agama Allah dan mentauhidkan-Nya. Sebaliknya jika umat Islam masih berdegil dan tidak memperjuangkan agama Allah yang sebenar-benarnya, maka selama itu umat Islam akan berpecah-belah.
Firman Allah SWT bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan menegakkan tapak pendirian kamu. (Quran, Muhammad SAW: 7).
25 Doa Melimpah2 Rezeki 1. DIAMALKAN SETELAH SHALAT ISYA, Sebelum membaca amalan yang akan disampaikan di bawah ini, terlebih dulu lakukan : Setelah shalat isya lakukan shalat sunat ba’diyah 2 rakaat, Shalat tobat 2 rakaat , setelah selesai shalat tobat bacalah : Istighfar /astaghfirullahal adhim 1000x Laa ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minadhdholimin 100x Terus Shalat hajat 2 rakaat , setelah selesai shalat hajat bacalah: Sholawat : asholaatu wassalaamu ‘alaika yaa sayyidi rasullallah, hud bi yadii qolat hillati, adrikni (1000x) Yaa latif, yaa latif, yaa latif, sampai subuh (usahakan jangan kurang dari 41.000 x) Catatan : amalan di atas cukup diamalkan sekali saja (tapi tiap malam lebih bagus) bila anda sedang benar-benar mendapat kesulitan yang sudah tidak bisa diselesaikan lagi dengan cara biasa. 2. BARANG SIAPA SETIAP SELESAI SOLAT SUBUH DAN MAGRIB MAU MEMBACA : LAA ILAHA ILLA LLOOH AL MALIKUL HAQQUL MUBIIN. MUHAMMADUN RASULLULAH. SHODIQUL WA’DUL AMIIN 100x Maka All...
Comments