Rasulullah SAW bersabda kepada Abu Zar yang bermaksud: "Kewajiban kepadamu adalah jihad kerana itulah adalah pertapaan umatku." (Ibn Hibban dan al-Hakim - hadis hasan). Al-Qaradawi juga menyebut: "Masjid Nabi itu adalah madrasah dakwah, demikian juga ianya adalah pejabat negara Islam. Padanya Nabi memberikan kerja bagi yang menganggur, ilmu kepada yang jahil, pertolongan kepada yang fakir, memandu urusan kesihatan dan kemasyarakatan, menyebarkan berita yang penting untuk umat, bertemu dengan para diplomat asing, mengatur tentera di medan perang juga menghantar pendakwah dan perwakilan untuk perdamaian." (Al-Qaradawi, Al-`Ibadah fi al-Islam, " ms 233, Beirut: Muassasah al-Risalah). Kata seorang tokoh Islam yang terkenal di masa ini, Dr `Imad ad-Din Khalil dalam karyanya Dirasah fi al-Sirah ketika mengulas tentang fungsi masjid yang diasaskan oleh Rasulullah S.A.W. "Masjid bukannya tempat ibadat dan solat semata-mata, bahkan kedudukannya sama seperti kedudukan Islam itu sendiri, mencakupi berbagai sudut al-din, politik dan kemasyarakatan." (ms 149 Beirut: Dar al-Nafais).

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr