Al Wadud: The Loving/ The Kind One Maha Pencinta / Yang Maha Penyayang / Maha Menyayangi / Maha Mencintai orang-orang yang beriman – Ia menyayangi mereka yang berbuat baik dan akan menganugerahkan belas kasihan-Nya kelak, iaitu yang menginginkan segala kebaikan untuk seluruh hambaNya dan juga berbuat baik pada mereka itu dalam segala hal dan keadaan. Fadhilat Al Wadud: Bagi menghentikan segala persengketaan dan menjalinkan kasih sayang antara suami isteri, bacalah ‘Ya Waduud’ 1,000 X lalu ditiup kepada makanan dan dibawa makan bersama, InsyaAllah akan berhasil. Amalkan zikir ‘Ya Waduud’ sebanyak 11,000 X pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, dikabulkan segala hajatnya dan akan dicintai orang. Andainya dua orang bergaduh, sementara seorang daripadanya menyebut ‘Ya Waduud’ 1,000 kali di atas makanan yang telah tersedia dan dimakan pula oleh temannya itu, InsyaAllah pertikaian antara mereka akan selesai. Apabila ‘Ya Waduud’ dibaca setiap malam sebanyak 11,000 kali, InsyaAllah ia akan disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada di dalam keadaan tenteram dan harmoni. والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr