Anas menceritakan Rasulullah SAW bersabda: Ada tiga hal yang menyebabkan setiap orang mencari perlindungan kepadanya akan merasakan manisnya iman, iaitu apabila Allah dan rasul-Nya lebih dicintainya daripada apa pun juga, apabila dia mencintai sesuatu hanya kerana Allah dan apabila dia tidak menyukai kekafiran sebagaimana dia tidak ingin dilemparkan ke dalam api neraka. (riwayat Bukhari dan Muslim). Pada suatu hari Umar bin Khattab berkata kepada Rasulullah: Aku mencintaimu lebih daripada segalanya, kecuali jiwaku sendiri. Baginda menjawab: Tidak seorang pun di antara kamu yang beriman sehingga aku lebih dicintainya daripada jiwanya sendiri." Umar segera menjawab: Demi Dzat yang menurunkan kitab suci al-Quran ini kepadamu, aku mencintaimu melebihi cintaku kepada diriku sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr