Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barang siapa takut kepada Allah, maka Allah menjadikan segala sesuatu takut kepadanya. Barang siapa tidak takut kepada Allah, maka Allah menjadikannya takut kepada segala sesuatu."(riwayat Al-Baihaqi). Oleh itu, melalui pendidikan yang berkesan dalam rumah tangga, ibu bapa dapat menerapkan hala tuju remaja dalam kehidupan mereka. Ibu bapa boleh menjelaskan bagaimana untuk menjadi remaja yang berjaya iaitu melalui ilmu, pelajaran, kemahiran dan akhlak yang baik. Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW menjelaskan yang bermaksud, "Puncak kebijaksanaan ialah takut kepada Allah. Sebaik-baik yang tertanam dalam hati adalah keyakinan. Keraguan (dalam beriman) termasuk kekufuran. Keremajaan (remaja) termasuk kelompok kegilaan (radikal). Orang bahagia adalah yang dapat mengambil pelajaran daripada (peristiwa) orang lain dan orang yang sengsara ialah yang sengsara sejak dalam kandungan ibunya. Tiap perkara yang akan datang adalah dekat."(riwayat Al-Baihaqi).

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr