Tanda-tanda cinta kepada Rasulullah SAW: Qadhi Iyadh dalam kitab Assyifa mengatakan bahawa terdapat beberapa tanda-tanda cinta Rasulullah SAW; 1 Pertama, Berusaha mengikuti akhlak Nabi, mengikuti sunnahnya, melaksanakan perintahnya dan mencegah diri daripada larangannya. (rujuk Quran, Ali Imran: 31). Sementara dalam sebuah hadis dinyatakan bahawa Rasulullah berkata kepada Anas bin Malik: Wahai anakku, bila engkau sanggup melepaskan dendam di hatimu terhadap siapa pun juga pada pagi hari dan malam hari, maka lakukanlah." Kemudian Rasullulah menambah: “Wahai anakku, itu (tidak dendam kepada siapa pun) adalah sunnahku. Barang siapa yang menghidupkan sunnahku maka dia sungguh telah mencintaiku dan barang siapa yang mencintaiku, maka dia akan bersamaku di dalam syurga." (riwayat Tirmidzi). Daripada hadis ini terlihat, sunnah Nabi SAW selain daripada pakaian, janggut, serban dan jubah, tetapi juga kepada akhlak, sebagaimana Nabi SAW nyatakan dalam hadis ini bahawa tidak dendam kepada siapa pun adalah sunahku. 2 Kedua, Menyukai segala hukum-hukum yang ditetapkan oleh Rasulullah daripada peraturan, hukum yang dibuat oleh hawa nafsu dan keinginan sendiri. (rujuk Quran, Ahzab: 36). Malah mereka harus lebih mencintai apa yang disampaikan nabi itu daripada keinginan dirinya sendiri, sebagaimana kaum Ansar lebih mencintai nabi dan Muhajirin daripada diri mereka sendiri (rujuk Quran, Al-Hasyr: 9). 3 Ketiga, Selalu mengingat dan menyebut-nyebut namanya. Hasan bin Ali menceritakan bahwa Rasulullah bersabda: “Di manapun kamu berada, maka berselawatlah kamu kepadaku, kerana sesungguhnya selawat kamu itu akan disampaikan kepadaku." (riwayat Ibnu Abi Syaibah dan Nasai). “Barang siapa melupakan selawat kepadaku maka dia telah melupakan jalan menuju syurga." (riwayat al- Baihaqi ). Begitu juga dengan hadis bermaksud: “Orang bakhil adalah orang yang tidak mengucapkan selawat kepada Nabi ketika mendengar namaku disebutkan kepadanya." (riwayat Tirmidzi, Baihaqi dan Nasai) 4 Keempat, Memuliakannya dengan ketundukan hati untuk melaksanakan segala perintahnya dan merasakan kerendahan diri walaupun ketika mendengar namanya. Sejarawan Islam Ishaq menceritakan: Sebaik sahaja sahabat mendengar nama Nabi disebutkan setelah kewafatan baginda, maka mereka merasakan kerendahan diri, sehingga badan mereka gemetar." 5 Kelima, Cinta kepada al-Quran, sebagaimana dinyatakan oleh Sahal ibnu Abdilah: “Tanda cinta kepada Allah adalah mencintai al-Quran. Tanda cinta kepada al-Quran adalah cinta kepada Rasulullah. Tanda cinta kepada Rasulullah adalah mencintai sunnah-sunnahnya. Tanda mencintai sunnah-sunnahnya adalah mencintai kehidupan akhirat. Tanda mencintai kehidupan akhirat adalah kebencian (tidak tergoda) oleh kehidupan dunia. Tanda benci dunia adalah engkau tidak menyimpannya kecuali untuk bekal hidup di dunia sehingga engkau datang dengan selamat dalam kehidupan akhirat." 6 Keenam, Cinta kepada keluarga Nabi SAW dan sahabat-sahabatnya. Nabi SAW bersabda: Barang siapa mencintai mereka (Hasan dan Husein, cucu Nabi), sesungguhnya telah mencintai aku. (riwayat Bukhari).

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr