DAN sesungguhnya Tuhanmu (pelindung) bagi orang-orang yang berhijrah sesudah menderita cubaan, kemudian mereka berjihad dan sabar; sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Quran, al-Nahl: 110). Ibnu Jarir berkata: "Sesungguhnya Tuhanmu wahai Muhammad bagi sesiapa yang berhijrah dan berpindah ke negeri Islam selepas berada dalam fitnah golongan musyrikin sudah pasti akan mendapat kebaikan daripada Allah SWT." Ibnu Kathir berkata: €œDi sana terdapat golongan mustadafiin tinggal di Mekah dalam keadaan hina dan terdedah daripada fitnah. Sayyid Qutub berkata: €œMereka adalah terdiri daripada orang-orang Arab yang lemah. Mereka ditindas oleh kaum Musyrikin yang zalim supaya meninggalkan agama Islam yang telah dianuti mereka. Mereka ditindas dengan azab seksa dan lainnya, tetapi mereka telah berpindah dari Mekah selepas penindasan-penindasan itu setelah mereka mendapat peluang berbuat begitu dan setelah keIslaman mereka mencapai tahap yang baik. Mereka telah berjihad kerana agama Allah dengan sabar dan gigih memikul tugas-tugas dakwah. Oleh itu, Allah menyampaikan berita kepada mereka bahawa Dia akan mengurniakan keampunan dan limpah rahmat-Nya kepada mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr