Hindari gangguan syaitan: MAKSUDNYA: Aku berlindung kepada Allah untukmu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat (yang akhirnya mengakibatkan sakit). (riwayat al-Bukhari no. 1535) Keterangan dan Petua Beramal: Dalam sebuah hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: "Pandangan mata itu adalah benar." (riwayat Ibnu Majah no 3508. Sahih. Lihat Silsilah al-Ahadith al-Sahihah no. 737). Dalam hadis sahih yang lain, Nabi Muhammad SAW meminta seorang hamba perempuan di rumah Ummu Salamah ditangkalkan kerana terkena pandangan mata jahat. (Al-Azkar: Bab Pandangan Mata Yang Jahat). Sebagai seorang Muslim, kita dibekalkan dengan pelbagai maklumat penting untuk hidup dengan aman dan selamat di atas muka bumi Allah SWT. Menyedari hakikat al-wiqayah khairun minal ilaj (mencegah lebih baik daripada merawat), maka Nabi SAW mengajar kita agar membaca doa ini, memohon kasih-sayang Allah agar dipelihara cahaya mata kita daripada kejahatan-kejahatan yang tidak mampu terfikir dalam fikiran kita. Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah SAW berdoa dengan kalimah di atas untuk meminta Allah SWT perlindungan cucunda bagindaHassan dan Husin daripada gangguan jin dan syaitan serta pandangan mata yang jahat (al-Ain). (riwayat al-Bukhari no 1535). Walau bagaimanapun, kita perlu menukarkan penggunaan ganti nama (kaf mim) dalam perkataan (yang merujuk kepada dua orang lelaki atau perempuan) kepada (ka) jika merujuk kepada seorang lelaki (kamu) dan (ki) untuk seorang perempuan (kamu). Sekiranya terdiri daripada ramai orang pula (kamu semua) kita hendaklah menggunakan (kum) dan (kunna) untuk ramai perempuan (kamus semua). Dalam kes tersebut golongan lelaki dan perempuan pula kita hendaklah mengekalkan penggunaan ganti nama (kum). Wallahu a'€™lam.

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr