Magnet Kekayaan & Kejayaan M.E.S.T.I mentakrifkan perkara-perkara berikut: M – Mentor E – Elmu S – Sistem/Strategi T – Tindakan I – Impian Formula M.E.S.T.I merupakan satu modul lengkap dan boleh dijadikan mazhab untuk memulakan perniagaan oleh individu yang berhasrat serta merancang untuk menjadi seorang usahawan yang terbilang. Ramai antara peserta seminar beliau yang telah mengamalkan formula ini dan memberi maklum balas positif dan luar biasa. Setiap pecahan akronim tersebut dihuraikan secara terperinci di dalam buku ini. Ia sebuah formula yang wajib di ketahui para peniaga dan individu yang bercita-cita menjadi luar biasa dalam apa jua lapangan yang diceburi. Magnet Kehidupan Keperluan-keperluan yang patut ada dalam perjalanan menuju kejayaan - ia diterjemahkan sebagai empat magnet kehidupan yang terpenting iaitu:- Pemikiran; Perasaan; Komunikasi; dan Tindakan Sebahagian daripada kita memandang ringan akan pengaruh di sekeliling kita. Saban hari pasti ada perkara-perkara yang menyumbang kepada aura positif dalam hidup. Namun, kerana sikap acuh tak acuh menjadi pemerhati alam, mungkin sebahagian kita terlepas peluang-peluang terbaik yang datang dalam hidup. Menariknya tentang bab ini ialah eksperimen air jernih dan air kopi. Analogi kepada ‘taraf kesihatan’ hati dan minda seseorang dalam melakukan aktiviti ‘menyaring’ perkara-perkara positif dan negatif. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut eksperimen menarik ini, baca buku ini . Proaktif dan Pantas Untuk Berjaya “Fast action, fast result” yang bermaksud bertindak pantas untuk hasil yang cepat adalah satu moto yang begitu sinonim dengan Azizan Osman. Moto ini boleh di anggap sebagai kata azimat kerana ia menjadi mantera wajib dalam setiap seminar dan kursus yang dianjurkan Dr. Azizan dan tim Richworks. Moto ini secara lahiriah saja seakan menyalurkan unsur-unsur positif dan motivasi dalam diri. Membawa maksud tindakan yang pantas menghasilkan pulangan yang lebih cepat pula. Sesuatu yang di lakukan dengan sambil lewa dan terhegeh-hegeh sudah tentu menyebabkan hasilnya lambat untuk dituai. Berlandaskan niat yang betul dan dengan tujuan meraih redha Allah, dan bersegera dalam melaksanakannya, pasti memberikan pulangan yang setimpal. Prinsip inilah yang menjadikan Dr. Azizan Osman sebagaimana beliau yang dilihat masyarakat pada hari ini. Setelah memilih mentor yang terbukti telah berjaya, komited ialah langkah seterusnya dalam memastikan kelangsungan impian untuk kaya dan berjaya. Perkongsian tulus dalam usaha membantu lebih ramai orang menjadi kaya, berjaya dan bahagia dalam kehidupan adalah sesuatu yang tidak wajar dilepaskan. ............. Minda kita adalah seumpama sebuah magnet.Minda yang sangat hebat menarik apa sahaja,sama ada unsur positif mahupun negatif.Tanggungjawab memilih sama ada inginkan tarikan minda positif atau negative terletak di tangan anda sendiri.Jika minda anda asyik diasak dengan keluh kesah,kecewa dan tidak berpuas hati,pastilah lebih banyak tarikan negatif yang menjelma di dalam hidup anda.Jika anda juga selalu bersangka buruk,suka menabur fitnah atau menjaja cerita orang lain,apa sebenarnya yang anda sedang tanam ke dalam minda anda?Apa pula yang anda sebenarnya sedang tarik ke dalam hidup anda?Lihat di sekeliling anda,pasti ada individu yang mempunyai sikap seperti ini.Perhatikan bagaimana kehidupan mereka.Adakah mereka bahagia?Saya pasti anda sendiri tahu jawapannya. Orang yang berjaya ialah orang yang sentiasa memelihara minda dan hatinya.Mereka tidak ada masa mengambil tahu perihal orang lain.Apa yang utama bagi mereka ialah menambah nilai kepada orang ramai dan bukannya menilai orang ramai. Sumber : Buku Magnet Kekayaan & Kejayaan Penulis : Dr Azizan Osman

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr