Rasulullah SAW juga ada bersabda yang bermaksud: Yang menjadi imam dalam kalangan kamu ialah yang paling baik bacaan Quran dan didahulukan yang banyak mengingatnya, jika ingatan atau bacaannnya sama, maka yang jadi imam dalam kalangan mereka yang dahulu berhijrah, jika hijrah pun sama, maka yang layak menjadi imam ialah yang paling tua dalam kalangan mereka. (riwayat Muslim 673) Berdasarkan kedudukan kelayakan dan keutamaan imam, baginda meletakkan salah satu cirinya golongan yang perlu dikedepankan, antaranya orang yang terdahulu berhijrah. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Maka siapa yang melakukan demikian itu di kalangan mereka iaitu yang Islam berhijrah dan berjihad kemudian mati, menjadi hak ke atas Allah memasukkannya ke dalam syurga atau dibunuh ke atas Allah memasukkannya ke dalam syurga. Jika sekiranya dia lemas, maka menjadi hak ke atas Allah memasukkannya ke dalam syurga atau dipijak oleh binatang maka menjadi hak ke atas Allah memasukkannya ke dalam syurga." (riwayat Ahmad 3/483 dan al-Nasaie 6/21).

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr