Firman Allah SWT: Dan dirikanlah solat pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada permulaan malam. (Quran, Hud:114)
Ibnu Kathir di dalam tafsirnya membawakan beberapa pendapat berkaitan dengan ayat ini. Antaranya pendapat Mujahid mengenai solat pada dua bahagian siang itu bermaksud solat Subuh, Zuhur dan Asar. Al-Hasan mengatakan bahawa solat pada permulaan malam itu ialah solat Maghrib dan Isyak.
Kewajiban solat ke atas umat Islam melambangkan tingginya nilai ibadah lima waktu ini. Ia merupakan tiang agama Islam yang wajib ditegakkan. Diriwayatkan daripada Muaz bin Jabal r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Kepala setiap sesuatu ialah Islam, tiangnya ialah solat dan puncaknya ialah berjihad di jalan Allah." (riwayat al-Tirmizi, hadis hasan sahih).
Solat merupakan ibadah yang difardukan ke atas umat Nabi Muhammad SAW di mana Allah SWT menyampaikan perintah itu ketika malam Mikraj. Diriwayatkan daripada Anas r.a berkata: Solat difardukan ke atas Nabi SAW pada malam Israk Mikraj sebanyak 50 kali. Kemudian dikurangi sehingga menjadi lima (rakaat). Kemudian Allah menyeru: Wahai Muhammad, Ia merupakan suatu ketetapan yang tidak boleh diubah lagi disisiku. Dengan mengerjakan solat lima waktu ini, engkau tetap memperoleh ganjaran sama seperti mengerjakan solat sebanyak 50 kali itu." (riwayat Ahmad, al-Tirmizi, hadis hasan sahih).
Pentingnya amalan solat ini kerana ia merupakan amalan yang pertama sekali dihisab oleh Allah SWT di akhirat nanti. Rasulullah SAW bersabda: Amalan yang pertama dihisab daripada seorang hama pada hari Kiamat ialah solat. Jika baik (solatnya), maka baiklah seluruh amalannya. Jika rosak (solatnya), maka rosaklah seluruh amalannya." (riwayat al-Thabarani).
Kepentingan dan kewajiban solat begitu banyak dinyatakan di dalam al-Quran dan al-Hadis. Rasulullah SAW pernah memberitahu bahawa baginda diperintahkan untuk memerangi manusia hinggalah mereka mengerjakan solat kepada Allah SWT. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW bersabda: Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehinggalah mereka mengucapkan Asy-hadu an la ilaha illallah wa anna Muhammadar Rasulullah, mendirikan solat dan menunaikan zakat. Jika mereka telah menunaikan semua itu, maka darah dan harta mereka telah terpelihara daripadaku, kecuali apa yang harus dikeluarkan berdasarkan ketentuan Islam dan kelak hisabnya diserahkan kepada Allah. (riwayat al-Bukhari dan Muslim).
25 Doa Melimpah2 Rezeki 1. DIAMALKAN SETELAH SHALAT ISYA, Sebelum membaca amalan yang akan disampaikan di bawah ini, terlebih dulu lakukan : Setelah shalat isya lakukan shalat sunat ba’diyah 2 rakaat, Shalat tobat 2 rakaat , setelah selesai shalat tobat bacalah : Istighfar /astaghfirullahal adhim 1000x Laa ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minadhdholimin 100x Terus Shalat hajat 2 rakaat , setelah selesai shalat hajat bacalah: Sholawat : asholaatu wassalaamu ‘alaika yaa sayyidi rasullallah, hud bi yadii qolat hillati, adrikni (1000x) Yaa latif, yaa latif, yaa latif, sampai subuh (usahakan jangan kurang dari 41.000 x) Catatan : amalan di atas cukup diamalkan sekali saja (tapi tiap malam lebih bagus) bila anda sedang benar-benar mendapat kesulitan yang sudah tidak bisa diselesaikan lagi dengan cara biasa. 2. BARANG SIAPA SETIAP SELESAI SOLAT SUBUH DAN MAGRIB MAU MEMBACA : LAA ILAHA ILLA LLOOH AL MALIKUL HAQQUL MUBIIN. MUHAMMADUN RASULLULAH. SHODIQUL WA’DUL AMIIN 100x Maka All...
Comments