Sifat Wali-Wali Allah: Hilliyatul Auliya: Sifat Wali-Wali Allah Saidina Umar ibni Khattab RA telah bercerita , bahawa pada suatu hari Nabi Muhammad SAW telah menerangkan tentang Wali-Wali itu, sabdanya: "Bahawa ada manusia di antara hamba-hamba Tuhan yang bukan Nabi-nabi dan bukan pula syuhada', tetapi pada hari kiamat beroleh kedudukan yang tinggi sama dengan kedudukan Nabi-nabi dan syuhada' itu pada sisi Tuhan.'' Seorang bertanya :'' Siapakah mereka itu ,ya Rasulullah, dan apakah amalan-amalan yang dikerjakan ?Terangkanlah kepada kami ,agar kami mencintai mereka itu dan mengambil daripadanya suri tauladan!'' Maka kata Rasulullah SAW: "Mereka itu adalah segolongan manusia yang cinta-mencintai antara satu sama lain kerana ruh Allah semata-mata, terdorong oleh cinta kepada Tuhan semata-mata, tidak disebabkan oleh rasa belas kasihan atau oleh sesuatu ikatan antara satu sama lain, tidak pula digerakkan oleh keinginankepada harta-benda.Demi Allah,wajah mereka itu bersinar-sinar, singgahsana mereka itu terbuat daripada nur yang kilau-kemilau, mereka tidak merasa gentar dan takut di kala manusia yang lain cemas dan ngeri, tidak merasa khuatir di kala orang-orang lain berputus asa.'' Rasulullah SAW mengeluarkan kata-kata ini dengan rasa terharu, dan menutup huraiannya dengan firman Tuhan: ''Bukankah wali-wali Allah itu tidak merasa takut dan tidak pula merasa cemas dan ngeri ?'' Firman Allah SWT: "Mereka dimasukkan ke syurgaKu hanya dengan ucapan pengakuan: 'Tiada Tuhan melainkan Allah SWT.' (hadith Qudsi). Sumber: Penghantar Ilmu Tarikat & Tasauf oleh Prof. Dr. Abu Bakar Atjeh.

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr