Quran Karim, Ayat 155 surah Al-Baqarah: “Orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: اِنَّا ِللهِ وَاِنَّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ "Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali." Hadith Rasulullah SAW dari Sahih Muslim iaitu: اللَّهمَّ أجِرني في مُصيبَتي واخلُفني خيرًا مِنها "Ya Allah, berilah pahala padaku menerusi musibah ini dan gantikanlah untukku dengan yang lebih baik” Hadith Rasulullah SAW di dalam Shahih Ibnu Hibban: الشهادة سبع سوى القتل في سبيل الله : والغريق شهيد ،…، وصاحب الحريق شهيد “Ada tujuh lagi golongan yang syahid selain daripada terbunuh di dalam perang sabilillah, antaranya mereka yang mati lemas,... dan mereka yang mati dalam kebakaran…” Hadith Rasulullah SAW di dalam Abi Daud dan Musnad Ahmad: مَنْ قُتِلَ دُونَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ وَمَنْ قُتِلَ دُونَ أَهْلِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ وَمَنْ قُتِلَ دُونَ دِينِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ “Barangsiapa yang dibunuh sebab mempertahankan hartanya maka ia mendapat syahid, barangsiapa yang dibunuh sebab mempertahankan keluarganya maka ia mendapat syahid, barangsiapa yang dibunuh sebab mempertahankan agamanya maka ia mendapat syahid.”

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr