Al-Biruni, manusia dan yang ke hadapan: "Kalau hebat sekadar hebat, ayam dihutan pun jadi jaguh" Petikan kata di atas sama sekali disangkal oleh Abu Rayhan Al-Biruni, Abu al-Raihan Muhammad ibn Ahmad al-Biruni atau lebih dikenali dengan jolokan peribadi, Al-Biruni yang pada zaman kegemilangan Islam terdahulu, beliau tidak pula mengejar kehebatan ataupun kemewahan duniawi kerana cintanya yang tidak terhingga kepada ilmu. Meskipun namanya kian terpinggir dan tidak lagi disiulkan dalam kalangan intelektual masa kini, Al-Biruni tetap gah sebagai ilmuwan serba boleh dan bukanlah sekadar jaguhan yang ditelan modenisasi. Al-Biruni dan pendidikan: Menurut Tamimi, Azzam S dalam makalahnya 'A Democrat Within Islam', Ghannouchi yang memetik pandangan Malik Bennabi mengenai demokrasi, “It liberates man from servitude rendering him un-slaveable, and secondly, it prohibits him from enslaving others.” Bertitik-tolak dengan keadaan Al-Biruni yang berjaya mendemokrasikan dirinya ketika berada di India dengan memilih untuk memberi kebebasan buat diri sendiri sewaktu dipenjara, memberi persepsi baru bahawa dengan ilmu di dada, sudah tentunya manusia dapat membebaskan jiwa dan fizikal daripada perhambaan mahupun menghamba-abdikan orang lain. Saya terfikir, jika begini hebat fungsi ilmu kepada manusia; haruslah pendidikan yang sedia ada menyediakan siapa pun dengan pengetahuan yang tidak terbatas. Benarlah, “Education is the most powerful weapon” seperti yang diungkap Nelson Mandela satu masa dahulu. Al-Biruni dan India: Berbalik kepada ketokohan Al-Biruni, beliau juga membuktikan bahawa "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan mereka yang mengubahnya sendiri" – (Surah Ar-R’ad, Ayat 11). Jelasnya, tembok penjara bukanlah penghalang kepada Al-Biruni untuk terus menuntut dan menghasilkan karya terulung dalam pelbagai bidang bagi memastikan keberlangsungan tamadun. Sumbangannya secara langsung kepada ilmu dan peradaban India amat besar. Sumbangannya yang paling penting ialah dalam penciptaan kaedah penggunaan angka India dan kajiannya mencari ukuran bumi menggunakan kiraan matematik. Sejurus itu, beliau juga berjaya menghasilkan satu daftar yang mengandungi peta dan kedudukan ibu-ibu negara di dunia. ‘Masa itu emas’ menjadi pegangan Al-Biruni semasa berada dalam tawanan tersebut apabila beliau menggunakan seluruh ruang dan peluang yang ada untuk menjalinkan hubungan antara para ilmuwan sekolah tinggi Baghdad dan para sarjana Islam India yang tinggal dalam istana Mahmud al Ghaznawi. Sikap Al-Biruni yang peramah, mudah bergaul mesra, dan mementingkan hubungan baik sesama manusia ini bukan sahaja membuka peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman daripada individu lain, bahkan menjadikan dirinya sebagai contoh yang boleh diikuti. Sebaliknya terbukti bahawa sikap mementingkan diri atau ‘ignorant’ tidak akan membantu seseorang individu untuk memajukan dirinya apatah lagi orang lain. Teori bebalisme, intelektual dan tamadun manusia; Satu ketika dahulu, individu dalam masyarakat dilihat mempunyai kekangan untuk mengembangkan potensi intelektual dan menjalani kehidupan peribadi yang normal pada satu masa yang sama. Keberlangsungan permikiran secara insentif dan mengadaptasi pembolehubah atau hasil (keputusan) semakin luntur, kerana penyakit bebalism seperti yang dinyatakan Syed Hussein Alatas dalam makalahnya 'Intellectuals in Developing Societies'. Namun begitu, Al-Biruni yang bertindak sebagai seorang intelektual di zamannya dahulu merubah persepsi bebalisme ini. Al-Biruni (973-1048) merupakan pakar matematik pertama yang menggunakan konsep “accelerated motion” (pergerakan yang berkadar) sebagai subjek dalam analisis matematik. Al-Biruni yang dilihat menentang bebalisme menjadikan kejayaannya sesuatu yang tidak mustahil kerana meneruskan analisis dan kajian terhadap usaha yang pernah dilakukan oleh intelektual Greek, India dan Islam yang lalu. Hal ini membuktikan penyakit bebalism yang dirawat oleh Al-Biruni sebagai pemikir dapat mengubah keadaan masyarakat yang tidak berkembang. Semangat yang dimiliki beliau juga mengubah sejarah Sains; yakni menolak konsep statik (ilmu yang diperoleh berhenti dikembangkan melalui inferens ataupun kesesuaian masyarakat) oleh para ilmuwan Greek dan memperkenal konsep yang lebih dinamik (melibatkan usaha berterusan untuk mengembangkan ilmu). “They treasured learning, they collected books, they built libraries and they developed several branches of learning until eventually they became the major factor in the revival of science in the West” (Alatas, 1997) Demikian merupakan petikan daripada Syed Hussein Al-Attas yang merujuk kepada sikap ilmuwan Islam yang begitu komited dan menguasai ilmu pengetahuan satu ketika dahulu d imana Al-Biruni juga merupakan salah seorang daripadanya. Namun, sikap bebalisme muncul setelah berakhirnya zaman ilmuwan Ibn Khaldun (1332-1406) yang melakukan eksplorasi terhadap ilmu sosiologi. Bebalisme yang membarah menghentikan usaha 're-civilisation' atau pembaharuan tamadun sehingga abad ke-19. Jelaslah bahawa penyakit bebalisme merupakan sesuatu yang dilihat sebagai virus dan pembunuh para intelektual sekiranya dibiarkan. ‘Kelemahan kita yang terbesar adalah berputus asa. Cara yang paling pasti untuk berjaya adalah sentiasa untuk mencuba sekali lagi,’ dipetik daripada Thomas A Edison sebagai penawar kepada penyakit bebalisme. Hal ini demikian kerana, sifat berputus asa membenarkan bebalisme merebak lalu membunuh para intelektual mahupun daya fikir individu dan menguburkan perkembangan sesebuah tamadun. Bertitik-tolak dengan perkara di atas, semangat Al-Biruni yang jelas sekali memaparkan kesungguhannya untuk membunuh penyakit bebalisme dengan berterusan mengembangkan ilmu kepada masyarakat wajar dicontohi. Kesimpulannya, saya berharap lebih ramai pemikir dan intelektual masa kini tidak lagi sekadar hidup dengan kejayaan tokoh di masa lalu. Sebaliknya, berusaha mencontohi kegigihan mereka dan memperbanyakkan ciptaan baru. Oleh yang demikian, pendidikan memainkan peranan terpenting untuk mencapai sifar bebalisme dan sifar ignorant dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr