Berikut antara intipati pendirian Abdullah Zaik, seperti dimuatkan dalam buku itu: (1) Objektif Kristianisasi bukan menjadikan orang lain beragama Kristian, tetapi mengeluarkan mereka daripada Islam. Kristianisasi bukan agenda agama, tapi agenda penjajahan. (2) Cina yang bersih rasuah tidak sama bersih, atau lebih 'Islam' daripada Melayu yang tidak bersih daripada rasuah. Ini kerana Cina tidak mengucap dua kalimah syahadah dan tidak menyembah Allah. (3) Tindakan Melayu terlalu memikirkan apa Cina dan India kata dalam perbuatan mereka adalah 'virus'. Orang Cina dan India cuma fikirkan diri mereka sendiri dan sudah jauh tinggalkan orang Melayu. (4) Golongan Islamis lebih patriotik berbanding golongan nasionalis. (5) PKR, Umno, PAS perlu mengarahkan agenda parti mereka ke arah menjadikan agama, bangsa dan kepentingan umum sebagai pola perjuangan. Di Amerika Syarikat, presiden boleh datang daripada mana-mana parti tetapi agenda Amerika tetap menjadi keutamaan. (6) Dasar ISMA memastikan orang Melayu sepakat bagi mengekalkan kuasa tawar menawar dalam konteks politik. (7) Orang bukan Islam dan bukan Melayu boleh terima agenda kepimpinan Melayu jika tiada agenda dimainkan pihak lain dalam dan luar negara. Ia seperti berlaku pada Cina di Kelantan, Terengganu, Kedah. (8) Sistem sekolah kebangsaan mencairkan identiti orang Melayu, tapi tidak identiti orang orang Cina dan India.

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr