Di dalam Quran Karim, surah al-Maidah ayat 15-16 Allah SWT berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya daripada Allah dan kitab yang menerangkannya. Dengan kitab itulah Allah memimpin orang yang mengikuti keredaan-Nya.
Membaca al-Quran dengan penuh penghayatan adalah berbeza dengan membaca tanpa mempunyai matlamat yang tertentu dalam pembacaan tersebut.
Ini kerana mengenali al-Quran jika hanya dengan membaca tanpa mengikut sistem tajwid dan mengetahui tafsiran di sebalik ayat yang dibaca, maka sudah pasti tidak akan terhasil apa-apa kesan fizikal dan mental kepada orang yang membacanya.
Celik al-Quran:
Sebagai pemimpin kepada anak-anak yang sedang menuju kedewasaan, wajarlah ibu bapa membimbing anak-anak untuk menjadi generasi celik al-Quran. Ini selaras dengan usaha kerajaan sendiri melalui program j-QAF yang kini sedang diajar di sekolah-sekolah rendah.
Di dalam surah al-Qamar ayat 17 pula, Allah SWT berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya kami memudahkan al-Quran untuk diingati, maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran?
Maka Q daripada singkatan j-QAF dalam program tersebut adalah mewakili subjek al-Quran yang kini diberi pendekatan yang lebih luas dan besar apabila murid-murid Tahun Satu diperkenalkan dengan kelas tasmi Quran selain belajar sistem Iqra di kelas biasa. Inilah antara proses asas kecintaan terhadap al-Quran yang diterapkan kepada anak-anak seawal umur tujuh tahun.
Antara usaha yang boleh dibuat dalam melengkapi usaha yang dinyatakan tadi ialah:
1 Melatih anak-anak dan remaja membaca al-Quran dengan sempurna.
2 Melatih anak-anak menulis semula mana-mana ayat yang telah dibaca.Memberi mereka kefahaman tentang isi kandungan Al-Quran.
3 Melatih mereka menghafaz ayat-ayat al-Quran.
4 Mendidik mereka mendalami al-Quran dalam kehidupan seharian.
Namun apa yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa dan penjaga ialah mereka hendaklah terlebih dahulu melengkapkan diri dengan beberapa usaha yang dinyatakan di atas agar nanti tidak mendidik anak-anak dengan kaedah yang salah dan terpesong.
25 Doa Melimpah2 Rezeki 1. DIAMALKAN SETELAH SHALAT ISYA, Sebelum membaca amalan yang akan disampaikan di bawah ini, terlebih dulu lakukan : Setelah shalat isya lakukan shalat sunat ba’diyah 2 rakaat, Shalat tobat 2 rakaat , setelah selesai shalat tobat bacalah : Istighfar /astaghfirullahal adhim 1000x Laa ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minadhdholimin 100x Terus Shalat hajat 2 rakaat , setelah selesai shalat hajat bacalah: Sholawat : asholaatu wassalaamu ‘alaika yaa sayyidi rasullallah, hud bi yadii qolat hillati, adrikni (1000x) Yaa latif, yaa latif, yaa latif, sampai subuh (usahakan jangan kurang dari 41.000 x) Catatan : amalan di atas cukup diamalkan sekali saja (tapi tiap malam lebih bagus) bila anda sedang benar-benar mendapat kesulitan yang sudah tidak bisa diselesaikan lagi dengan cara biasa. 2. BARANG SIAPA SETIAP SELESAI SOLAT SUBUH DAN MAGRIB MAU MEMBACA : LAA ILAHA ILLA LLOOH AL MALIKUL HAQQUL MUBIIN. MUHAMMADUN RASULLULAH. SHODIQUL WA’DUL AMIIN 100x Maka All...
Comments