Ila Al-Islam Min Jadid (Kembali Semula Kepada Islam): Ini adalah sebahagian daripada analogi yang dirumuskan oleh Sheikh Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam min Jadid (Kembali Semula Kepada Islam), tentang hakikat yang perlu diberikan perhatian umat Islam terhadap akar umbi permasalahan hidup mereka. Al-Quran memperincikan tentang ciri-ciri Yahudi. Dan Yahudi di Palestin benar-benar seperti yang diceritakan. Yahudi di Palestin adalah Yahudi tulen. Al-Quran memperincikan tentang ciri-ciri Nasrani. Dan Nasrani di Amerika Syarikat dan blok Barat benar-benar seperti yang diceritakan. Nasrani itu adalah Nasrani tulen. Al-Quran yang sama memperincikan tentang ciri-ciri Muslim. Samakah Muslim seperti yang digambarkan oleh al-Quran? Samakah kita seperti apa yang al-Quran gambarkan tentang kita? Berapakah jarak di antara diri idaman kita dengan diri yang sebenar? Syarat Kemenangan: “Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.” [Quran, Al-Isra' 17: 7] Dalam pusingan kehancuran dan kemusnahan yang dilakukan oleh Yahudi kali ini, fasad mereka tidak kekal selamanya. Mereka akan tumpas, mereka akan tewas. Mereka akan kalah dengan kehinaan dan kemuraman wajah, dan yakinilah bahawa mereka juga mengetahui akan hakikat ini. Namun kemenangan pemenang pada menumpaskan Yahudi di bumi Palestin adalah bersyarat. Mereka memasuki Palestin seperti kemasukan mereka kali pertama dahulu. Dengan kualiti yang sama. Hanya Muslim tulen yang berhak menuntut kemenangan yang dijanjikan Tuhan. Palestin menunggu Muslim kembali kepada Islam. Yahudi tulen, Nasrani tulen, ‘menunggu’ kehadiran Muslim tulen. Pertempuran antara dua realiti, memenangkan kebenaran atas kebatilan. Pertempuran antara realiti vs ilusi, kita menipu diri sendiri! “Jika kamu kembali, Kami kembali” [Quran, al-Isrā' 17: 8].

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr