Ramadhan ini janganlah disebut sebagai bulan puasa, ini kerana bukan puasa sahaja ibadat yang diperintahkan di dalam bulan ini. Menyebut Ramadhan sebagai bulan puasa sahaja menjadikan masyarakat silap faham sehingga mereka gagal meraih faedah maksimum daripada anugerah Ramadhan yang disediakan oleh Allah SWT ini. Masyarakat umat Islam perlu disedarkan sentiasa bahawa Ramadhan bukan sahaja bulan puasa, tetapi ia juga bulan qiyam, bulan infaq, bulan Al-Quran, bulan kasih sayang dan bulan penuh dengan kebaikan. Pahala yang disediakan oleh Allah SWT Yang Maha Pengasih di bulan ini untuk ibadat-ibadat yang dinyatakan tadi berlipat kali ganda melebihi pahala yang disediakan di bulan-bulan yang lain. Ramadhan juga ialah bulan terbaik untuk mencapai cinta Allah SWT. Benar, ibadat yang kita lakukan sepanjang Ramadahan tidak lain dan tidak bukan hanyalah kerana takut kita kepada Allah SWT. Di dalam masa yang sama, kita berharap untuk meraih cinta dan ingatan daripada Allah SWT.

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr