5 sisi ekonomi dalam kisah Nabi Yusuf a.s:
1) Keselamatan bekalan makanan/FOOD SECURITY
2) Pelan ekonomi berjangka panjang
3) Unjuran ekonomi yang tepat
4) Penjimatan dan penggunaan sumber secara optimum
5) Nilai akhlak dalam ekonomi.

Yusuf a.s. juga berinteraksi secara langsung dengan rakya jelata:
."....Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya...." (Quran Karim 12:56)

Ayat ini menunjukkan Yusuf a.s. sebagai pemerintah tidak hanya bertugas dari bilik pejabatnya. Baginda pusing keliling ke seluruh negara meninjau lapangan dan merasai denyut nadi rakyat. Ini sekali lagi petunjuk kepimpinan yang agung.

1) Keselamatan bekalan makanan/food security dalam Surah Yusuf a.s:
"apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan di tangkainya..." (12:47)

Preservation atau menyimpan produk asasi pertanian untuk kegunaan pada tahun-tahun mendatang adalah isu sangat penting dalam kehidupan bernegara. Dalam kes ini, al-Quran menunjukkan keluarbiasaannya melalui anjuran Yusuf a.s. untuk memilih teknik penyimpanan gandum dan keluaran bahan ruji yang lain dengan cara menyimpannya di tangkai.
Bahan yang dipilih untuk saranan penyimpanan ini ialah bahan makanan atau basic needs. Malah saranan Yusuf a.s. membuktikan bukan satu tradisi umat ketika itu untuk menyimpan stok yang banyak malah buka juga satu tradisi menyimpan gandum dengan tangkainya sekali.

Kenapa mesti disimpan di tangkai?
Prof. Dr. Abdul Majid Bal'abid dari Universiti Wajdah, Morocco telah melakukan eksperimen untuk melihat kesan teknik penyimpanan ini. Biji-biji tersebut tetap dibiarkan selama dua tahun dan sebahagian biji biji gandum yang lain dipisahkan dari tangkai. Subhanallah.

Benarlah mukjizat al-Quran apabila hasil kajiannya menunjukkan biji-biji yang tetap berada di tangkainya tidak mengalami perubahan apa-apa baik dari unsur kandungan nutrisinya maupun kemampuannya untuk tumbuh, kecuali kehilangan kandungan air. Bahkan menjadikan biji gandum lebih kering adalah lebih bagus untuk disimpan sama ada untuk dimakan atau dijadikan benih.

Ia bukan sebuah kebetulan, bukan?
Ia sebuah mukzijat dan lebih penting lagi, saranan ilmu preservasi adalah ilmu penting yang perlu diteliti. Berbanding kaedah penyimpanan keselamatan makanan hari ini yang hanya bersekali dengan kimia seperti pewarna, penstabil dan perasa tiruan. Sebaliknya Yusuf a.s. telah membawa satu solusi simple bebas dari unsur bahaya. Ia hanya solusi simple yang hebat!

Hanya datang dari Pencipta biji gandum dan tangkai gandum itu. Allah swt.
Ia dijelmakan dalam sebuah saranan seorang Nabi pilihan-Nya bernama Yusuf a.s. 

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr