Success Story: Sebuah kejayaan
Mengikut catatan dalam garis masa sejarah syarikat Kumpulan Guthrie Berhad, 1821 - 2007;
1981: The Dawn Raid: 7 September. 30-40 STOCKBROKERS from Rowe & Pitman began buying GCL shares for PNB. Khalid Ibrahim obtained stakes held by Bank Simpanan Nasional, Genting and a Kuwaiti group.
Tun Ismail in Singapore attempted to buy stake held by OCBC. By end of the trading day, PNB held 47% of Guthrie; within a week 51%; in 3 months; control over the entire company.

Dalam catatan ini jelas menyebut dua nama penting dalam pengambilihan iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim dan Tun Ismail Ali.
Syarikat ini diasaskan oleh Alexander Guthrie yang menubuhkan Guthrie & Coo, di Sungapura pada tahun 1821 dan merupakan antara syarikat perdagangan British yang terawal di Asia Tenggara. Syarikat ini mempunyai pelbagai perniagaan dan salah satunya ialah mempunyai ladang getah dan kelapa sawit yang terbesar di Malaysia malah di dunia. Pada tahun 1965, Guthrie Corporation Limiteddisenaraikan di Bursa Saham London.

Namun, selepas 160 tahun penubuhannya, syarikat ini berjaya diambil alih oleh kerajaan Malaysia. Peristiwa bersejarah ini berlaku pada 7 September 1981 dan dikenali sebagai “Dawn Raid” atau Serangan Subuh. Pengambilalihan ini tentu sahaja mengejutkan kerajaan British kerana Guthrie merupakan antara syarikat perladangan terbesar milik mereka.
Kisah di atas menjadi sejarah dan legenda tersendiri. Apatah lagi ketika itu Tun Mahathir baru dua bulan menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Namun, selain catatan di atas, saya lebih tertarik dengan satu catatan lain yang menyebut TS Khalid berkata, “...kita sebenarnya mendapat Guthrie secara percuma.” Ketika wawancara oleh media tempatan.

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr