Urus Masa Ala Jutawan

a2
“Esok jerlah”, “Minggu depan ada lagi”, “Bukan nak pakai sekarang pun…” Ayat yang sering kita dengari apabila ia dibabitkan dengan masa. Masih ramai yang memandang rendah dengan kuasa pengurusan masa. Masa merupakan jangka waktu mengikut saat, minit, jam, harian, bulanan dan tahunan. Menguruskan masa dengan bijak bermakna kita telah menguruskan kehidupan dengan baik. Pernahkah kita terfikir mengapa sesetengah orang seolah-olah dapat melakukan segala aktiviti seharian dengan mudah tanpa ada sebarang halangan pun.
Malah golongan ini merasakan diri mereka mempunyai lebih banyak masa terluang lagi berbanding dengan orang sekeliling mereka. Sebenarnya, rahsia menguruskan masa tidak terletak pada waktu bekerja dengan lebih masa dalam sesuatu perkara.
Rahsia masa adalah mengenai bagaimana kita mengutamakan perkara-perkara yang penting terdahulu yang perlu dilakukan dan belajar cara menggunakan masa dengan lebih cekap dan berkesan. Ringkasnya, rahsia pengurusan masa adalah bekerja dengan lebih bijak, bukan bekerja dengan lebih keras. Di sini terdapat satu kaedah yang kita boleh aplikasikan bagi mencapai pengurusan masa yang terbaik. Kaedah ini dipanggil “D.O.I.T.N.O.W.
FORMULA D.O.I.T.N.O.W.
DIVIDE (Membahagikan).
Bahagi dan mengawal tugasan atau perkara yang perlu dilakukan. Pecahkan tugasan yang besar kepada tugas-tugas yang lebih kecil bagi memudahkan kita mengawal aktiviti dan masa yang diperuntukan. Pastikan setiap tugasan yang ingin dilakukan mempunyai tarikh sasaran untuk menyelesaikannya. Tarikh sasaran mestilah realistik dan mampu dicapai.
ORGANIZE (Mengatur)
Mengatur kesemua tugasan mengikut keutamaan kepentingan. Tugasan juga perlu diatur dengan kaedah bagaimana kita hendak melakukannya.
IGNORE (Abaikan)
Abaikan segala gangguan yang tidak kena mengena dengan tugasan yang hendak kita laksanakan.
TAKE THE TIME (Ambil Masa)
Ambil masa dalam melakukan sesuatu perkara yang kita kurang fahami. Mempelajarinya terlebih dahulu bagi mengelakkan masalah timbul sewaktu tugas ingin dilaksanakan.
NOW (Sekarang)
Bertindak sekarang! Bukan esok mahupun lusa. Jangan melengah-lengahkan masa. Fast Action, Fast Result!
OPPORTUNITY (Peluang)
Apabila mendapat peluang yang menguntungkan, bertindak cepat untuk mendapatkannya. Peluang bukan dari segi perniagaan sahaja, peluang juga boleh dikaitkan dengan peluang masa. Jika sesuatu tugasan dapat dilaksanakan dengan cepat dari tarikh sasaran, jangan lengahkan masa terus laksanakan tugasan seterusnya.
WATCH OUT TIME (Perhatikan Masa)
Sentiasa memerhatikan masa sasaran yang diperuntukan bagi suatu tugasan.

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr