Ada segelintir manusia yang telah mendapatkan ilmu dan sanggup bersusah payah melabur untuk ilmu (Ini adalah 80% kunci kejayaan, mempunyai ilmu yang terbukti berjaya), tetapi selepas mereka komited belajar, mereka "membunuh" impian mereka dan matlamat mereka dengan TIDAK KOMITED BERTINDAK SEGERA dengan ilmu tersebut.
Ilmu jika tidak diamalkan adalah ibarat anda membeli benih pokok tetapi anda tidak mahu menanamnya. Dan yang paling teruk ialah apabila mereka ini menyalahkan orang lain atau guru mereka di atas kegagalan mereka mengamalkan sedangkan orang lain telah bertindak dengannya dan telah mendapatkan hasil,
Yang paling kelakar adalah segelintir lagi yang mempunyai ilmu tetapi masih bertindak tanpa ilmu serta mendengar nasihat sesiapa sahaja yang tidak ada ilmu sehingga merugikan diri sendiri.

Sebab itu personally saya selalu amalkan doa yang diajar oleh arwah ayah saya iaitu, kita sentiasa memohon agar ilmu yang kita pelajari ini bermanfaat buat diri dan orang lain, mohon agar ilmu ini diberkati untuk kejayaan dunia dan akhirat serta Allah swt sentiasa berikan saya pimpinanNya, kekuatanNya, petunjukNya, sokonganNya dan bantuanNya agar saya dapat jalani hidup yang sementara ini dengan luar biasa serta sentiasa di bawah radar Allah swt yang Maha Menguasai Segala Sesuatu.
Saya teringat lagi pesan salah seorang mentor saya Dato James Greaves di mana dia menyebut, bila kita berjaya, kita "salahkan" guru kita, ibu bapa kita, suami atau isteri kita serta Tuhan kerana membantu kita capai apa yang kita impikan tetapi jika kita gagal, ia sebenarnya kesilapan atau kesalahan diri sendiri.

Kita hanya dapat sesuatu mengikut apa yang kita lakukan dan bukan apa yang kita impikan. Impian penting tetapi tindakan dan komitmen mencari ilmu dan kemudian bertindak mencapai impian itu lebih penting.
Dan akhirnya kunci segala perkara di sini adalah keberkatanNya. Kadang-kadang kita tidak bertindak atau kita belum capai matlamat kita walaupun ada ilmu, walaupun ada tindakan adalah kerana banyak sebab. Di sini pentingnya sentiasa muhasabah diri apa yang aku belum lakukan untuk capai matlamat aku dan kadang-kadang ia sudah hampir tetapi Allah swt menguji kesabaran dan kecekalan kita.
Sesuatu yang payah dicapai itu akan lebih manis bila mencapainya di dalam kepayahan dan cabaran Insya-Allah, walaupun itu bukan syarat utama mencapai kejayaan atau matlamat kita.

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr