Antara cabaran utama usahawan online adalah, prospek dan pelanggan kurang keyakinan dan mempercayai untuk melakukan belian melalui Internet dari kita.
Oleh itu, saya juga kongsikan 8 cara bagaimana usahawan online boleh meningkatkan kepercayaan ini dan memudahkan lagi mereka mendapat jualan. Berikut adalah 8 caranya...
1. Jaminan/Warranty
Beri jaminan atau waranti atau gerenti atas produk yang dijual. Ini mengurangkan risiko pembeli dan meletakkan risiko pada penjual. Contoh waranti adalah seperti pulangan wang/ganti/repair sekiranya produk rosak. Pembeli dapat merasa keyakinan dengan adanya jaminan.
2. Testimoni
Pelanggan akan membeli hanya selepas melihat orang lain mendapat manfaat daripada produk anda. Umpama restoran kosong yang sukar menarik pelanggan baru, restoran yang penuh akan sentiasa membuatkan orang beratur dan ingin cuba pula masakan mereka. Penuhkan laman web dengan testimoni pelanggan anda!
3. Logo bayaran
Logo bayaran seperti Visa dan Mastercard memberi kredibiliti pada sesuatu laman web. Sekiranya laman anda boleh menerima bayaran kad kredit seperti mengguna perkhidmatan PayPal.com, logo-logo ini boleh diletakkan di laman anda dan memberi gambaran yang lebih profesional.
4. Halaman mengenai kami/About Us
Jelaskan latar belakang anda dan perniagaan anda. Kredibiliti dan kepercayaan dapat dibina apabila prospek dan pelanggan mengetahui kisah/cerita perniagaan anda. Bak kata ‘tak kenal maka tak cinta’. Apabila anda kongsikan kisah perniagaan anda, maka pelanggan akan mengenali anda dan lebih mudah untuk melakukan belian.
5. Gambar anda/pasukan anda
Pengguna suka berurusan dengan manusia, bukan dengan perniagaan yang tidak bermuka. Psikologi manusia mempunyai hubungan dengan manusia yang lain. Dengan berkongsikan gambar anda dan pasukan anda, hubungan ini dapat dibina dan perniagaan anda akan nampak lebih mesra pelanggan.
6. Penggunaan Media Sosial
Zaman komunikansi dan informasi ini, hubungan adalah amat penting. Penggunaan media sosial dapat meningkatkan kredibiliti dengan cara sentiasa berhubung dengan pembeli dan bakal pembeli. Melalui hubungan yang berterusan melalui media sosial juga, jenama perniagaan dapat dibina.
7. Maklumat berguna
Pengguna sering mahukan informasi yang dapat membantu mereka. Dengan berkongsikan maklumat yang berkaitan dengan industri anda, dapat membantu pelanggan dan meningkatkan kredibiliti perniagaan anda supaya tidak hanya dilihat sekadar inginkan keuntungan semata-mata, tetapi juga membantu pelanggan dan orang ramai.
8. Tiada link mati
Link yang mati (broken link) di laman web memberi gambaran tidak profesional di laman web. Pastikan kesemua link di laman web masih hidup!
Oleh itu, pastikan anda juga mengikuti setiap cara diatas… Wallahu a'lam.
25 Doa Melimpah2 Rezeki 1. DIAMALKAN SETELAH SHALAT ISYA, Sebelum membaca amalan yang akan disampaikan di bawah ini, terlebih dulu lakukan : Setelah shalat isya lakukan shalat sunat ba’diyah 2 rakaat, Shalat tobat 2 rakaat , setelah selesai shalat tobat bacalah : Istighfar /astaghfirullahal adhim 1000x Laa ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minadhdholimin 100x Terus Shalat hajat 2 rakaat , setelah selesai shalat hajat bacalah: Sholawat : asholaatu wassalaamu ‘alaika yaa sayyidi rasullallah, hud bi yadii qolat hillati, adrikni (1000x) Yaa latif, yaa latif, yaa latif, sampai subuh (usahakan jangan kurang dari 41.000 x) Catatan : amalan di atas cukup diamalkan sekali saja (tapi tiap malam lebih bagus) bila anda sedang benar-benar mendapat kesulitan yang sudah tidak bisa diselesaikan lagi dengan cara biasa. 2. BARANG SIAPA SETIAP SELESAI SOLAT SUBUH DAN MAGRIB MAU MEMBACA : LAA ILAHA ILLA LLOOH AL MALIKUL HAQQUL MUBIIN. MUHAMMADUN RASULLULAH. SHODIQUL WA’DUL AMIIN 100x Maka All...
Comments