TPPA BAKAL RAGUT KEDAULATAN NEGARA? BUKTI2 SUDAH ADA!
1. Mengikut laporan daripada PBB, sejak 15 tahun kebelakangan ini sahaja, terdapat 127 kes saman syarikat multinasional dibuat terhadap negara berdaulat. Kesemuanya menandatangani perjanjian perdagangan bebas internasional mirip TPPA yang sedang diusahakan oleh kerajaan Malaysia sekarang.
2. Pada tahun 2012, Negara Ecuador telah disaman oleh syarikat Occidental Petroleum milik US sehingga mereka diarahkan membayar 1.7 billon dolar.
3. Di Australia, kerajaannya disaman syarikat tembakau Philip Morris dengan dakwaan mengganggu jualan mereka, akibat tindakan kerajaan menampal amaran merokok membahayakan kesihatan pada setiap kotak rokok yang dijual.
4. Poland dan Sloviakia turut disaman sebuah syarikat kerana membatalkan projek pengswastaan hospital.
5. Afrika Selatan disaman kerana memberikan hak istimewa kepada bumiputera kulit hitam.
6. Kita sudah boleh membayangkan bagaimana perjanjian perdagangan bebas ini jika diamalkan di negara kita. Syarikat perfileman pornography boleh menyaman negara apabila lembaga penapisan filem menyekat penjualan produk mereka.
7. Larangan penjualan arak di kawasan umat Islam, larangan penjualan rokok bawah umur 18 tahun, kawalan menjual bible di tempat terbuka, peraturan menutup premis makanan bulan Ramadhan, semua ini boleh mengheret negara ke tribunal antarabangsa sekiranya didakwa mengganggu operasi perniagaan negara anggota TPPA.
8. Nyata keburukan TPPA terlalu besar untuk ditanggung negara. Selepas bala GST, kejatuhan harga minyak dunia, krisis penyelewengan dan sebagainya, sanggupkah kita hadapi satu lagi bencana?

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr